<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d839137386802251200\x26blogName\x3dangkasa+dan+sang+pemimpi\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dLIGHT\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://angkasadanmimpi.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttps://angkasadanmimpi.blogspot.com/\x26vt\x3d4250138062671015869', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>





❝ suara angkasa dan jeritan sang pemimpi ❞






Liyana | 1998 | MY

+ follow | twitter | instagram




recent update :

jauh, dan selamanya begitu.
written on Monday, April 5, 2021 @ April 05, 2021

mengapaku setia pada kasih tak kupunya?

apa pernah kau berasa seperti berlari ke satu tujuan yang tak bergarisan penamat? yang entah hujung dan pangkalnya kau jenuh tak ketemu. punca dan asalnya berbentuk sebuah garisan kabur. 

bila tangan kau hampir mencapai, semakin laju dia maju tak tergapai. dan selamanya akan tetap begitu. 

sepertinya engkau sang purnama, yang sering membayangi, mengekori ke mana pun aku berpaling. yang mengelilingi pandangan, tapi tak bisa aku sentuh. cuma termampu untuk melihat dari jauh. 

dan jauh itu adalah kita. 
kerana yang dekat itu, kita tidak akan pernah bisa. 

sehampir mana aku cuba untuk meraih, seperti angin yang menyelip di celah jemariku, 
kau bermilir lalu,
dan layu.
dan lalu, hati aku semakin layu,
dan sayu. 

/ a n g k a s a 

buat p u r n a m a.

0 comment[s] | back to top



puisi: pisau tumpul
written on Friday, March 5, 2021 @ March 05, 2021



dalam sebuah perjalanan yang panjang 

serta kesedaran yang terluput atas nama berangta,  

aku menggenggam erat 

sebilah pisau yang tumpul. 

belahan bilah mencium kulit 

yang pada mula tak terasa sakitnya, 

yang pada mula cuma membekas, 

yang pada mula sekadar mencalar, 

yang kemudian mula tertusuk, 

lalu menusuk dalam, 

dan dalam lagi. 

yang kemudian mula berdarah, 

dan berdarah, 

dan berdarah lagi, 

dan lagi, 

dan lagi. 

sehingga sampai satu saat, 

aku tidak mampu menghentikan. 

sehingga sampai satu saat, 

aku tidak bisa merawat. 

dan setelah itu baru aku sedar, 

selama ini aku memilih waktu; 

selama ini aku membela benalu. 

selama ini aku tahu, 

tapi tetap saja aku biarkan berlalu. 

/ a n g k a s a 


0 comment[s] | back to top



perlina
written on Thursday, February 25, 2021 @ February 25, 2021


perlina [per.li.na]

hilang. tidak kelihatan. 

seperti kamu. 


pernah sekali aku menembusi alam mimpi, yang pada asalnya tertampak nyata. bukan sekadar olok-olok hiburan tidur semata. seorang gerangan jejaka yang hadir, menemani aku di dunia yang mungkin cuma wujud di balik minda aku. tetapi dampaknya, aku terasa dicinta, dan kemudian, aku pun mencinta. atas rasa sayang yang tidak pernah aku kenal sebelumnya. 

dan sepanjang ketidaksadaran aku yang entah berapa jam lamanya, aku yakin yang kita pernah berjumpa di dunia sebelumnya. seperti kita sememangnya tercipta berdua. masih terngiang detak jantung aku yang kuat bergema sehingga menulikan telinga saat mata kita saling bertatapan. deraian tawamu indah, sayang. membahagiakan. genggaman tangan, kehangatan yang aku rasa tiap kali engkau merangkul dan menyelimuti aku dalam dakapanmu. dan dalam hening yang bergeming, sekadar kehadiranmu itu cukup untuk membuat aku terasa ada. engkau adalah rumahku dan begitu juga aku kepadamu. 

dan sebagaimana engkau dipinjam hanya sepanjang aku bermimpi, ternyata engkau juga efemeral. kau meninggalkan aku. tiada kaki yang melangkah tetapi engkau pergi buat selamanya. mata yang menyamankan itu, tertutup dan akan selalunya begitu. seperti tuhan ingin mengingatkan yang aku tidak akan pernah layak meraih sempurnamu dalam jangka masa yang lama. hanya sementara. cuma sementara. walaupun hakikat mimpi itu sememangnya sekejap cuma. 

dan semudah itu, dunia nyata menjarah kebahagiaan aku yang sememangnya dicipta untuk dirasakan buat sementara cuma. aku dibangunkan dengan keheningan yang mencengkam. memaki diri sendiri kerana tersedar dari dunia sementara yang lebih membahagiakan dari kehidupan nyata sehari-hari. sebangunnya dari tidur, semuanya terasa seakan ianya pernah ada. seperti aku pernah kenal sosok itu. seperti aku benar-benar pernah dicintai dan mencintai dirinya. yang padahal, nama dan wajahnya juga tidak melekat di bait ingatan. dan sejujurnya, aku penasaran. kita cuma dapat mengenali, mencintai, dan menyayangi hanya sebentar. tetapi aku mahu lagi. aku rindu dan sehingga kini aku merindukan. 

terkadang minda aku berkelana jauhnya. memikirkan kewujudan yang tidak pasti. menunggu kehadiran yang tak terwujudkan. yang antamu, entahkan ada atau tidak. tapi sisa asa aku masih berharap bahawa kalau suatu hari takdir itu menyebelahi, mungkin aku akan mengenalimu, dan dengan sedetak jantung, aku bakal tahu itu kamu. 


engkau, si penghuni mimpi yang tak bernama. 

apa kau memang wujud?

atau kewujudanmu sekadar niskala yang mampu terbentuk di dunia yang tidak nyata?

pulang. aku rindu.

mana mungkin mereka ini semua mampu jadi sesempurna kamu. 


/ a n g k a s a




0 comment[s] | back to top



kanvas baharu.
written on Sunday, December 20, 2020 @ December 20, 2020


entah kenapa aku rasakan hari demi hari yang melewati kelihatan seperti selembar kanvas baharu diselak. tahun ini sememangnya luar biasa. setiap hari pergi dan hilang begitu sahaja. hari-hari kita semua kosong. tahun baru yang kita lakarkan dalam khayalan, cuma khayalan semata-mata. 

satu perkara yang aku belajar dalam hal ini: mula. 

mula. kita tak tahu bila semua akan terhenti. belajarlah untuk mula kerana kita tak akan pernah ada nanti. nanti itu bukan milik kita. setiap detik yang berlalu cuma pinjaman dan akan datang yang kita impikan cuma angan-angan. jadi, tunggu apa lagi? 

mula. 
kita tidak dijamin nanti. 

/ a n g k a s a



0 comment[s] | back to top






© 2012 - Layout created by Afeeqah.
Do you know ? Honesty is the best policy in life